Hello world. I'm Emyniena. Welcome to my official blog. This blog was created on August 2010. Thank for visiting and happy reading :)


Blogwalker(s)


Miscellaneous :
Facebook.
Instagram.
Twitter.


Credit :
Layout by Rainymartini.
Special thanks to Cindy.
+follow Profile tagboard

Mini Reunion.
0 comment(s)
529094_413790012017074_1996995154_n_large


Hello earthlings :')

Now, I'm officially done with my first year of degree in Corporate Administration :') Even final exam hari tu macam tak berapa nak ok tapi harap result ok lahh. Tak berharap sangat pun sebenarnya akan dapat result tinggi tapi at least biarlah setimpal dengan usaha kann. 

Jawab last paper hari tu macam heaven gila. Macam aku nie terer gila paper account. Sebenarnya dalam kepala tak fikir langsung pun paper yang jawab depan mata tu tapi dalam kepala penuh dengan drama. Fikir macam², tak sabarnya nak hantar paper la, nak balik kemas barang la, yang paling utama ialah tak sabar nak blahh dari UiTM dan pergi mini reunion yang kawan aku plan.

Esok pagi² lagi Malini & Delin datang ambik aku kat UiTM. Awal gila makcik dua orang tu datang sampaikan masa diaorang sampai, aku belum mandi lagi. Terpaksa lahh dengar diaorang membebel. Lepas tu, settle semua benda yang aku kena buat then terus pergi UiTM Puncak Perdana ambik kawan sorang lagi, Piqa. Nasib baik tak sesat, so cepatlah sampai ke destinasi.

Destinasi seterusnya daripada Puncak Perdana terus balik Kajang. Sampai Kajang terus pergi rumah mak sedara aku sebab nak tinggal barang² kat situ. Diaorang nie dah bising sebab lapar. Nasib baik pusing punya pusing, jumpa jugak rumah tu. Dah la tak cakap pun nak pegi sana, bajet nak buat surprise la kononnya. Sampai rumah tu, boleh makan free sebab mak sedara aku keluar pegi beli nasi untuk kitaorang. Dahh boleh makan apa lagi, diam lah semua orang. Haha.

13/7/2012 - 17/7/2012. Berlangsungnya mini reunion kami. Delin semangat gila sampai buat event kat fb. Betapa rindunya dia dekat kitaorang, haha. First yang ada cuma aku, Malini, Delin and Piqa. Petang tu kami berempat pegi jalan² kat pasar malam. Pasar malam jee ? Tak kisah pun sebenarnya kat mana² yang penting, kami dapat keluar dan lepak sama². Nice experience la jugak kann sebab selepas habis sekolah dulu, nie lah 1st time kami keluar sama² macam nie. Tempat tu tak penting, yang penting friendship tu.

Pagi esok tu, kami menunggu kedatangan Ameline. Sebelah petang gerak pergi Gombak sebab yang baru sampai nie gedik nak makan mee udang. Alang² nak makan tu, Delin terus bawak pegi tempat best terus. Memang best pun, even harga agak mahal sikit pun tapi bila makan, memang puas hati.

Nie lah mee udang tu. Besttt :')


Sampai Gombak, singgah UIA japp sebab nak pegi jumpa kawan, Farah. Last sekali jumpa Farah masa form 3 dulu. Kira dalam 5 tahun macam tu la tak jumpa dia. Lagipun alang² lalu depan tu, singgah sekejap pun jadi la kann. Daripada UIA tu terus balik Kajang ambik kawan sorang lagi, Ihsan kat rumah dia and terus gerak pegi makan sate Haji Samuri. 

Yang nie Malini yang mengidam

Time makan kat situ pun, ada lagi kawan sekolah dulu datang lepak sekali, Izzat Azim. Even aku tak rapat sangat pun ngan dia tapi aku kenal je dia. Lagipun ramai², takde lah rasa awkward sangat.

Then esok tu, destinasi seterusnya ialah pegi hantar Ameline kat ktm and sebelah malam pegi hantar Piqa balik Puncak Perdana. Sebelum hantar Piqa balik, singgah Puncak Alam japp ajak Azrien lepak.

Sila abaikan muka aku yang entah ape² tu :P


Then lepas tu semua dah balik ke rumah and Uni masing². Bagi aku, mini reunion nie salah satu pengalaman paling bermakna dalam hidup aku. Selepas berapa tahun tak jumpa diaorang, akhirnya boleh jumpa jugak. Boleh tido sekatil, lepak bercerita sama² macam time sekolah dulu². 

Honestly, sebenarnya susah nak dapat kawan macam diaorang. Even jauh, busy dengan life sendiri tapi masing² tak pernah lupakan friendship nie. Daripada form 1 masuk MRSM Jeli, nie lah kawan yang aku mula² kenal dan rapat macam adik-beradik sendiri. Sampailah sekarang, perangai still lagi gila² macam dulu. I love you all 

P/s : Thanks for being my unbiological sister :')