Hello world. I'm Emyniena. Welcome to my official blog. This blog was created on August 2010. Thank for visiting and happy reading :)


Blogwalker(s)


Miscellaneous :
Facebook.
Instagram.
Twitter.


Credit :
Layout by Rainymartini.
Special thanks to Cindy.
+follow Profile tagboard

Girls day out.
0 comment(s)

Assalamualaikum and hello everybody.

Hadoi, penat. Keluar jam 9.00 pagi, balik around pukul 7.00 malam. Keluar Tanah Merah tue je pun. Tak tahu lah buat ape sampai pukul 7 baru sampai rumah, ekeke. Entahlah, rasanye pergi makan-II je tadi pastu shopping sikit-II. Mula-II sampai terus pergi Muda Osman, nak guna voucher la katakan. Agak ramai la jugak yang datang tadi tapi jumpa kejap je pastu berpecah kepada dua kumpulan.

Kumpulan A pergi lepak KFC. Kumpulan B lepak kat Pizza Hut. Saya tergolong dalam kumpulan B, sekali ngan geng-II time asasi dulu and bestfriend time sekolah dulu, hehe. Maklumlah, Pizza Hut baru bukak cawangan kat TM tuh, saje nak try test lepak-II kat situ, haha. Kami bernasib baik sebab takde orang sangat kat dalam tuh so kitaorang bolehlah bising suka hati macam Pizza Hut tue mak bapak kami yang punya, haha.

Hah, ada satu benda yang saya nak cerita. Peristiwa nie berlaku masa saya ngan kawan saya, Fatin otw balik rumah, time tuh kami dalam bas. Biasalah, sebab dah lama tak jumpa kan, masing-II ada cerita nak di share-II kan sampai tak menang mulut nak bercerita, kalah orang tengah choral speaking, haha. Tiba-II tengah syok-II bercerita, kitaorang disapa oleh seorang lelaki yang tak dikenali. Saya dah macam, " dia nie kenape, tiba-II je tegur orang yang dia tak kenal ? "

Okay, fine lah. Maybe dia bosan duk sorang-II sebab tue dia tegur kitaorang. Tapi yang buat saya rasa annoying sangat-II bila dia tak henti-II tanya macam-II kat kitaorang. Memang sangat-II A-N-N-O-Y-I-N-G. Pelik bila orang yang kita tak kenal, tanya kita macam-II, macam kita nie dah lama kenal dia. Dan satu lagi yang saya nak marah, dia tanya itu ini sampai saya ngan Fatin nak share cerita pun terbantut. Kot ye pun mesra alam, janganlah terlebih mesra sampai macam tue kan.

Pastu bila dah sampai destinasi. Saya dah fuhhh lega sebab tak payah nak susah-II layan pertanyaan mamat tue. Agaknya dia nampak kitaorang nie macam kaunter pertanyaan kot. Tapi bila kitaorang nak duduk, dia datang duduk sebelah kitaorang jugak. Saya dah rasa geram gila time tuh and then saya ajak Fatin duduk tempat lain. Ingatkan dah selamat daripada mamat tue tapi bila pusing belakang grrrr, he still follow us. 

Tapi alhamdulillah sebab my dad dah sampai masa tue tapi kesian Fatin sebab terpaksa tinggalkan dia sorang-II kat situ sebab ayah dia tak datang lagi. Tapi ade je orang kat kawasan lain. Before pergi, saya cerita pasal mamat tuh kat my dad and dia suruh Fatin pergi duduk kat kawasan ramai orang. Otw balik rumah, saya text Fatin tanya dia selamat tak, ayah dia dah datang ambik belum ? Alhamdulillah dia selamat balik rumah tapi dia cakap, even dia lari, pergi kat orang ramai tapi mamat tue still ikut dia and tanya dia macam-II. 

Fuhh nasib baik lah semuanya selamat, takde benda buruk berlaku. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana pasal laki tue. Nak cakap dia gila macam tak mungkin je. Daripada cara pemakaian and percakapan, nampak dia macam normal je. Maybe dia ada 'kureng' sikit kot kat mana-II tapi tak tahu lah tue, huhu. Tapi apa-II pun, alhamdulillah sebab semuanya selamat.