Hello world. I'm Emyniena. Welcome to my official blog. This blog was created on August 2010. Thank for visiting and happy reading :)


Blogwalker(s)


Miscellaneous :
Facebook.
Instagram.
Twitter.


Credit :
Layout by Rainymartini.
Special thanks to Cindy.
+follow Profile tagboard

Aku Teraniaya ( Part 3 )
0 comment(s)
395298_239236092818644_160140920728162_517389_1229660653_n_large


Hello readers. Hello stalkers. Hello jugak kepada Capital F and Capital P, aku pasti korang mesti stalk blog aku. Sebelum nie aku dah jelaskan sape Capital F and Capital P so kali nie aku nak sambung macam mana benda nie boleh terjadi.


Malam tue aku tido macam biasa. But then tetiba aku terkejut sebab dengar phone aku bunyi. Aku ingatkan ada kes emergency apa lah kan tengah-2 malam buta nie. Dalam pukul 3 4 pagi macam tue lah. Lagi aku heran bila aku tengok, aku langsung tak kenal semua nombor yang call and text aku tue. Aku rasa macam  aku nie memang takde harga diri bila ada orang text cakap macam nie :


" Awak ke pompuan yang cari pakwe kat FB tue ? Siap publish gambar and no phone lagi "


Ya Allah, aku bukan desperate macam tue. Aku bukan pompuan jenis macam tue. Aku tak gila nak sebar no phone and gambar aku sendiri. Bila aku dapat message macam nie, baru aku tahu sebenarnya ada orang yang sebar gambar and no phone aku. And aku bernasib baik sebab salah sorang yang text kat aku orang baik. Aku bagi no phone dia kat kawan aku and kawan aku call dia. Aku memang dah tak boleh nak cakap sebab aku rasa marah and geram gila-2. Lepas kawan aku call dia, kitaorang terus boleh tahu kat mana gambar tue tersebar.


Aku terkejut bila tengok gambar tue sebab aku baru je upload gambar tue kat FB aku. Tak sampai sejam pun. And kepala otak aku terus terfikir, nie mesti kerja Capital P yang buat. Sebab dia sorang je yang selalu nak cari pasal ngan aku. Orang lain takde pun. Then, aku bukak page yang diaorang share gambar aku tue and aku jumpa someone yang share gambar aku tue. Nie message aku ngan dia, aku guna FB Ariff so dia takde perasan sangat kalau aku sendiri yang message dia.


Pelik kan ? Kalau baca betul-2 message tue, mula-2 dia macam mengaku dia yang share gambar, pastu tak mengaku plak. Hmm, sori lah, memang taklah aku nak cakap elok-2 ngan dia. Dia nie perasan ganas, dia ada cakap dia laki kat bawah-2 tue. Aku lupa plak nak print screen yang tue. 

Aku nak tergelak jugak sebab dia tak private FB dia so aku boleh baca la status-2 dia. Dia ingat aku bodoh, tak boleh nak beza status laki punya ngan pompuan punya. Dah lah kat profile terang-terangan Sek. Men. Tenik PEREMPUAN Pasir Mas, haha. Satu lagi yang membuatkan aku rasa kuat nak tuduh Capital P yang buat sebab budak yang kat atas nie ada tulis jugak yang dia sekolah kat Sek. Men. Kubang Bemban yang mana satu sekolah ngan Capital P. Well, sama umur, satu sekolah takkan tak kenal kan. Sumpah kau tipu kalau kau cakap kau tak kenal.

Malam tue, bila aku tahu pasal nie, aku memang mengamuk terus kat FB. Tapi aku dah atur strategi. Memandangkan aku syak Capital P yang buat semua nie, aku hide semu status aku yang tengah mengamuk tue daripada dia kat FB. Aku taknak dia tahu aku tengah marah sebab tue and aku nak tengok macam mana reaksi dia.

And petang tue, aku online FB. Aku tengok Capital P online. Aku memang dah nak serang dia tapi aku sabar dulu. Aku check profile dia. Bila aku bukak profile dia, DAMN ! Sebab dia dah delete semua gambar dia kat FB. So aku jadi bertambah curious la nak tahu, kenapa tetiba je dia nak delete semua gambar dia. Maybe sebab dia takut aku ambik gambar dia and buat sama macam diaorang dah buat kat aku. Mesti kau ingat kau bijak kan, ambik langkah awal-2 delete gambar kau sebab kau fikir aku tak tahu lagi pasal nie kan. Sorry, aku lebih bijak daripada kau sebab tue aku hide status aku daripada kau. Kalau korang jadi aku, tak ke pelik tiba-2 je dia nak delete semua gambar dia ?

Tapi aku ada message FB dia. Macam biasa, sape la nak mengaku tue kerja dia kan. Sumpah diaorang taknak mengaku even bukti terang-terangan ada depan mata pun.


Siap main ngan nama Allah lagi. Well, sikit pun aku tak percaya. Dunia sekarang, memang dah biasa sangat aku jumpa manusia yang suka hati main ngan nama Allah nie. Kalau korang tengok entri aku yang lepas kat link yang aku bagi tue pun, Capital F ada main ngan nama Allah jugak. Even hakikat sebenar memang dia macam tue.

And lepas benda nie, Capital P terus deactive dia punya FB. Pelik la kan, kalau kita tak buat salah buat ape nak takut sampai nak deactive FB bagai. Lepas tue, cara diaorang. Kalau betul tak buat, cool suda. Tak perlu nak buat reaksi macam diaorang nak bergaduh ke ape. Tapi diaorang tak, cara diaorang memang macam nak bergaduh ngan aku.

Sekarang Capital P dah lesap. FB pun dah deactive. Dah tak tahu nak cari and contact dia macam mana. Tapi kesimpulannya, memang Capital P langsung taknak mengaku yang dia buat or terlibat dalam hal nie. Okay, we will wait and see. Next entri aku sambung pasal Capital F plak. Cara dia nak berdalih daripada semua nie. 

Okay, to be continued.....