Hello world. I'm Emyniena. Welcome to my official blog. This blog was created on August 2010. Thank for visiting and happy reading :)


Blogwalker(s)


Miscellaneous :
Facebook.
Instagram.
Twitter.


Credit :
Layout by Rainymartini.
Special thanks to Cindy.
+follow Profile tagboard

Feeling unwell :'(
0 comment(s)


Assalamualaikum semua :')


Ehem, rasanya macam dah lama tak taip panjang-II dalam nie. Sebenarnya takde idea plus takde masa plus malas, haha. Memang terbaik lahh. #tetiba je kan.


Sebenarnya 2-3 hari nie saya kurang sihat. Demam, badan pun panas. Dengan katil-II saya sekali panas jugak, haha. First, saya boleh lagi buat bodoh. Even badan panas, kepala pun dahh berat semacam tapi saya tak pergi klinik, tak makan ubat. Apa yang saya tahu, tido jee memanjang, hehe.


Esok tue, bila saya bangun daripada tido, tengah-II siap nak solat zohor, tetiba saya rasa ada something keluar daripada tekak saya. Yess, tekaan saya betul. Bila saya tengok, rupa-rupanya yang keluar tuh ketulan darah daripada tekak saya. Saya pun ambik keputusan nak pergi klinik, tue pun lepas abah saya suruh, hehe.


Sampai klinik, takde orang pun. So tak payah tunggu lama-II tapi saya dapat 'ceramah free' daripada doc kat situ. Dia cakap, saya jadi macam nie sebab effect daripada saya tido lewat. Dia tanya kenapa tido lewat, banyak sangat ke assignment kena buat ? Saya dengan selamba jawab, saya study sebab sekarang nie banyak test. Banyak punya penipu maa, sebenarnya malam-II duk SMS and calling-II ngan Mr. Boo, haha. Pelik kann, ada ke jangkitan kat tekak effect daripada tido lewat malam ?


Saya pun terfikir, ada kaitan ke tido lewat ngan semua nie ? Paling saya tak puas hati dia cakap saya tak demam pun. Biar betul doc nie tapi sebab dia doc, mesti dia lebih mengetahui. Dah lahh 5 jenis ubat dia bagi suh saya telan. Eei, tolonglah. Saya tak suka makan ubat. Tapi saya kena paksa diri saya jugak sebab saya takut. Doc tue cakap, kalau saya tak makan ubat, 2-3 hari lagi, badan saya akan jadi gatal-II, sendi pun akan jadi sakit and yang paling saya takut dia cakap nanti akan ada something membengkak dalam tekak saya.


Ehh panjang lahh plak saya taip entri nie. Takpe lah, saya pun dah nak blah nie. Nak rehat, nak tido jap, hihi. Okey lah, doakan kesihatan saya. Bye.


P/s : Saya tak makan ubat lagi, hehe :)