Hello world. I'm Emyniena. Welcome to my official blog. This blog was created on August 2010. Thank for visiting and happy reading :)


Blogwalker(s)


Miscellaneous :
Facebook.
Instagram.
Twitter.


Credit :
Layout by Rainymartini.
Special thanks to Cindy.
+follow Profile tagboard

Bila perempuan menangis
3 comment(s)
732216-bigthumbnail_large


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana lelaki ? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis.


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.


Apabila dia menangis di hadapan anda, apabila dia menangis kerana anda, pandanglah matanya. Bolehkan anda rasa apa yang dia rasa ? Pernahkan anda cuba untuk memahami apa yang dia rasa ? Fikirkan. Berbaloikah dia menangis di hadapan anda, hanya kerana anda ?


Dia menangis bukan kerana dia lemah. Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati. Dia menangis kerana dia tidak mampu untuk menangis di dalam hati. Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.


Guys, cuba ambil masa untuk berfikir. Jika si dia menangis hanya kerana anda, mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda kerana hanya anda yang tahu jawapannya.


Fikirkan, kerana suatu hari, ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal atau terlalu lambat untuk mengucapkan " maafkan saya..."


Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah di sisi dia, menemani dia kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.


Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda, kerana anda akan merosakkan hidup dia.


Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda kan membuat si dia menangis dan sengsara. Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya.


Sumber : Facebook