Hello world. I'm Emyniena. Welcome to my official blog. This blog was created on August 2010. Thank for visiting and happy reading :)


Blogwalker(s)


Miscellaneous :
Facebook.
Instagram.
Twitter.


Credit :
Layout by Rainymartini.
Special thanks to Cindy.
+follow Profile tagboard

Orang ketiga dalam hubungan.
4 comment(s)

Ini tazkirah 1 Ramadhan :')

Pernahkan korang menjadi orang ketiga dalam perhubungan ? Pernahkan hubungan korang diganggu orang ketiga ? Siapakah orang ketiga itu ? Apa itu orang ketiga ? Mengikut tafsiran aku, orang ketiga ialah manusia yang muncul di dalam sesebuah perhubungan. Tak kisahlah, bercinta ke, bertunang ke ataupun yang dah kawen.

Bagi aku la kann, orang ketiga adalah manusia yang sangat desperate. Dah tahu kan orang tuh dah ada BF/GF so kenapa still nak menggatal ngan BF/GF orang ? Sangat-II tak faham dengan jenis manusia yang macam nie. Just imagine, pasangan yang dah bertahun-II couple tapi tetiba putus gara-II orang ketiga. Takde rasa sikit pun ke rasa bersalah dalam diri orang ketiga tuh ? Paling menyedihkan dan menyakitkan bila hak kita di rampas right ?

Actually orang ketiga or rampas-merampas tak akan berlaku kalau si BF/GF tak melayan kehadiran orang ketiga tuh. Tapi still orang ketiga yang salah sebab kenapa dia gatal nak ganggu hubungan orang ? Kalau dah tahu orang tuh elok-II berpasangan, kenapa kita nak jadi setan nak mendajalkan hubungan orang ? Better kita terima je kenyataan yang girl/boy tuh dah jadi hak orang lain. Tapi biasanya manusia jenis macam nie sanggup buat ape pun asalkan apa yang dia nak dia dapat. Yelakan, suami isteri pun boleh bercerai, nie kan plak kalau bercinta or bertunang. 

Sometimes, orang ketiga nie lah dugaan dan risiko dalam perhubungan. Orang ketiga lahh yang paling banyak hadir dalam perhubungan seseorang. Even dalam rumahtangga sekalipun, ada yang hancur kerana orang ketiga. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Orang ketiga hanyalah dugaan atau risiko untuk dilepasi. Dalam hidup nie, banyak dugaan yang perlu kita tempuhi. So, tempuhilah dugaan itu kalau kita benar-II mahukan kebahagiaan berpanjangan. Jangan pernah beralih arah andainya dah sematkan namanya di hatimu. Teruskan hingga ke garisan terakhir.

Pesanan untuk orang ketiga. Jangan pernah gembira di atas penderitaan orang lain. Carilah kebahagiaan kamu sendiri. Sebolehnya jauhilah orang yang sudah bahagia dengan kehidupan masing-II. Tapi setiap yang berlaku ada sebabnya, mungkin suatu hari nanti akan ada insan yang lebih baik yang akan sentiasa bersama-II dengan kita hingga ke akhir hayat. Itulah qada dan qadar yang sudah tertulis dalam suratan hidup kita. Life must go on !


Biarlah kita menjadi cinta terakhir untuk seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk jadi yang pertama dalam hidupnya. Tapi belum terlambat untuk jadi yang terakhir dalam hidupnya yang kekal abadi hingga ke akhir hayat.

P/s : Janganlah jadi orang ketiga yang merosakkan hubungan seseorang :')