Hello world. I'm Emyniena. Welcome to my official blog. This blog was created on August 2010. Thank for visiting and happy reading :)


Blogwalker(s)


Miscellaneous :
Facebook.
Instagram.
Twitter.


Credit :
Layout by Rainymartini.
Special thanks to Cindy.
+follow Profile tagboard

Cerita 3 Ramadhan
9 comment(s)

Assalamualaikum and hello everybody :')

Ehem, sekarang dah masuk hari ketiga seluruh umat Islam berpuasa. Setakat nie Alhamdulillah sebab penyakit gastrik aku duk diam je, takde nak serang-II aku. Biasalah, awal-II memang macam tuh tapi kalau dah masuk pertengahan puasa, ambik lah kau Emy. Barulah rasa kesakitan keperitan tuh. Ehh, jangan doa macam tu pulak, mintak-II dijauhkanlah ye. 

Dah hari ketiga puasa tapi aku langsung macam takde selera nak makan. Kalau dulu, mintak itu mintak ini nak makan tapi kali nie nak makan pun rasa macam terpaksa kena telan je. Sahur pun macam tu lahh jugak. Entah apa penyakit tak tahu, sob3.

Bangun sahur tadi awal gila sebab Mr Boo yang kejutkan. Macam tak percaya dia yang kejutkan aku sebab biasanya aku yang kejutkan dia, haha.  Kejutkan bangun sahur ke, bangun tido nak pergi kelas ke, even kadang-II solat subuh pun, mesti aku yang kejutkan dia. Tapi hari nie dia bangun awal, pukul 4 pagi woooo, haha.

Aku pulak biasanya bangun sahur pukul 5. Dia beria-ia sangat suruh aku bangun awal, suruh aku tolong umi kat dapur. Mata aku punya lahh tak boleh nak celik, text ngan dia pun dalam keadaan mamai lagi, haha. Then tahu tak, apa yang dia buat suruh biji mata aku nie jadi segar ?


Saje jee kann pagi-II buta hantar MMS kat aku. Nie bukan sebab nak suruh mata aku jadi segar nie. Tapi nie  sebab nak bagi aku jeles, dia keluar jalan-II tak ajak aku, haha. Takpe-II, tunggu saya pergi U bulan 9 nie ea, kita keluar jalan sama-II, kehkehkeh.
  
First day puasa hari tuh, dia ajar aku niat puasa dalam bahasa arab. Maklumlah, aku dah terbiasa niat dalam bahasa melayu so yang arab punya aku tak berapa nak ingat la, ngeh3. Masa tuh tengah cakap phone, dia ajar satu-II. Dia ajar sepatah, aku ikut sepatah sampailah habis. Memang rasa tersentuh gila ar masa tuh. Dia memang banyak nasihat aku ke arah kebaikan. Thank you, I love you